Gagal carum pekerja: Fahmi minta Petra News selesaikan segera

Gagal carum pekerja: Fahmi minta Petra News selesaikan segera

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI KEMBANGAN: Petra News Sdn. Bhd. (Petra News) diminta selesaikan segera dakwaan syarikat itu gagal membuat caruman wajib kepada pekerjanya.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, beliau sudah meminta satu pertemuan diadakan antara semua pihak yang terlibat dan terkesan dengan isu tersebut dalam masa terdekat.

Menurut Fahmi, beliau akan terus memantau perkembangan isu tersebut.

“Sekarang ini saya ingin mendapatkan maklumat terkini mengenai apakah status, yang kita dimaklumkan hanya melalui kenyataan media dibuat oleh sejumlah wartawan yang telah membuat laporan polis.

“Saya sudah meminta supaya satu pertemuan diadakan antara semua pihak terlibat, saya tidak pasti kenapa tidak diadakan sebelum ini, tapi saya telah tegaskan kepada pemilik syarikat tersebut supaya perkara ini diuruskan segera.

“Saya nak perkara ini diselesaikan kerana sudah terlalu lama,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 15 pekerja The Malaysian Insight, The Vibes, dan Getaran mendakwa Petra News gagal membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan potongan cukai pada 2024.

Dalam kenyataan bersama, mereka mendakwa, semakan rekod dengan KWSP, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Perkeso mendedahkan walaupun potongan berkanun dibuat daripada gaji, namun tiada bayaran dilakukan.

Fahmi berkata, beliau komited membantu wartawan yang kehilangan pekerjaan dan tidak dibayar gaji oleh syarikat penerbit.

“Bukan dalam kes ini sahaja tetapi beberapa kes lain, sama ada mendapatkan pekerjaan untuk mereka di mana-mana syarikat ataupun kementerian sekiranya bersesuaian.

“Saya cuba membantu seramai mungkin wartawan yang mungkin terkesan akibat daripada keputusan yang dibuat oleh majikan masing-masing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya