Gadis mengaku tekap sudu panas kepada kanak-kanak

Gadis mengaku tekap sudu panas kepada kanak-kanak

PUTERI Nurin Amalina Ahmad Daud (bertudung merah) dibawa bagi prosiding keputusan representasi kes dera dibawa anggota polis ke Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan, semalam.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang gadis yang didakwa atas pertuduhan melakukan penderaan fizikal dan pengabaian terhadap empat kanak-kanak di sebuah pusat jagaan berkaitan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) Sdn. Bhd tahun lalu, menukar pengakuan bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Tertuduh, Puteri Nurin Amalina Ahmad Daud,  21,  sebelum ini tidak mengaku bersalah namun menukar pengakuan tersebut.

Mengikut empat pertuduhan dibacakan berasingan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap empat kanak-kanak perempuan berusia lima dan enam tahun telah menganiayai mereka dengan cara menekap sudu besi panas di lengan mereka sehingga menyebabkan kecederaan fizikal seperti melecur.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesalahan itu dilakukan sekitar bulan Ogos tahun lalu di sebuah pusat jagaan di Taman Merbok Ria di Rasah, Seremban di sini.

Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum itu, pihak pendakwaan memaklumkan representasi yang dikemukakan telah ditolak, namun terdapat perkembangan terkini dan memohon pertuduhan dibacakan. 

Mahkamah kemudian menetapkan 19 Mac depan untuk penyediaan laporan sosial dan fakta hukuman. 

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Noorashikin Nasarudin dan Nurul Balkis Zunaidi manakala tertuduh diwakili peguam, Boestamam Ahmad. 

Sebelum ini, pihak pembelaan mewakili Puteri Nurin Amalina akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara berkaitan pertuduhan melakukan penderaan terhadap empat kanak-kanak itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×