Belon udara panas, produk pelancongan baharu Melaka

Belon udara panas, produk pelancongan baharu Melaka

AB. RAUF Yusoh (tengah) melancarkan Belon Udara Panas Skyview di Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Selepas Jejantas Tun Teja, kerajaan negeri memperkenalkan satu lagi tarikan pelancongan dengan melancarkan Belon Udara Panas Skyview yang akan beroperasi di Dataran Sejarah Ayer Keroh di sini, bermula 1 April ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pada peringkat awal dua belon udara panas akan digunakan dengan menawarkan harga RM99 seorang bagi pelancong tempatan dan RM120 untuk pelancong antarabangsa.

Ujarnya, rakyat Melaka pula diberi harga serendah RM70 seorang hanya pada Selasa hingga Khamis.

“Belon Udara Panas Skyview merupakan satu produk yang akan menarik lebih ramai pelancong datang ke Melaka kerana berdekatan dengan pintu masuk ke negeri ini.

“Buat masa ini kita hanya menyediakan dua belon sahaja dan akan menambah kepada enam unit. Setiap satu belon boleh menampung enam orang pada satu-satu masa pada ketinggian 60.9 meter.

“Ini memberi peluang kepada pelancong dapat merasai pengalaman melihat keindahan panorama bandar Melaka dan sekitarnya,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan produk itu, semalam.

Tambah Ab. Rauf berkata, ia akan beroperasi setiap Selasa hingga Khamis dari pukul 5 petang hingga 11 malam manakala Jumaat hingga Ahad dari pukul 4 petang hingga 12 tengah malam.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata, operasi belon udara panas itu akan berlangsung selama setahun enam bulan.

“Belon ini akan dinaikkan bergantung kepada keadaan cuaca dan jika angin kuat ia akan ditangguhkan demi keselamatan pengguna,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN