PETALING JAYA: Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 (Akta 530) bakal dipinda bagi menyeragamkan peraturan membenarkan lebih satu rumah dibina di atas satu lot di tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bertujuan menyediakan keperluan perumahan bagi generasi kedua, ketiga dan keempat peneroka. Katanya, terdapat 317 tanah rancangan Felda dengan kira-kira 120,000 peneroka yang membabitkan pelbagai generasi. “Salah…









