PETALING JAYA: Seramai 8,076 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 tidak menghadiri kesemua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Februari lalu. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, daripada jumlah tersebut seramai 6,231 orang adalah calon sekolah Kementerian Pendidikan. Katanya, antara punca ketidakhadiran bekerja, masalah keluarga, masalah kesihatan. “Kementerian Pendidikan memandang serius isu ketidakhadiran calon dalam peperiksaan SPM, dengan analisis kehadiran calon bagi peperiksaan SPM yang dilaporkan setiap tahun adalah berdasarkan calon sekolah…










