236 lawatan, RM44 juta kos menteri ke luar negara sepanjang 2024

236 lawatan, RM44 juta kos menteri ke luar negara sepanjang 2024

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 236 lawatan menteri ke luar negara dengan kos perbelanjaan berjumlah RM44 juta, sepanjang tahun lalu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, lawatan rasmi ahli-ahli Jemaah Menteri bertujuan menghadiri mesyuarat berkala dan berjadual yang melibatkan Malaysia sebagai negara anggota dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa.

Antaranya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Forum Ekonomi Dunia (WEF) dan Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8). 

“Kehadiran Ahli Jemaah Menteri sebagai wakil kerajaan memainkan peranan penting dalam menunjukkan komitmen Malaysia untuk memperkukuh hubungan diplomatik dan kedudukan negara di peringkat global.

“Selain itu, lawatan ke luar negara juga merupakan sebahagian misi galakan perdagangan dan pelaburan untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) untuk meningkatkan ekonomi negara,” katanya menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berhubung kos lawatan luar negara anggota Kabinet sepanjang 2024.

Dr. Zaliha berkata, perbelanjaan lawatan Ahli Jemaah Menteri ke luar negara mematuhi tatacara kewangan yang berkuat kuasa dan mengambil pendekatan perbelanjaan berhemah dan berkesan.

“Setiap lawatan dirancang dengan teliti untuk mencapai nilai tambah maksimum dengan mengguna pakai perbelanjaan yang optimum,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN