17 sekolah baharu mula beroperasi tahun ini

17 sekolah baharu mula beroperasi tahun ini

Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa berusaha memastikan akses pendidikan berkualiti untuk semua murid walau di mana juga mereka berada.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 17 sekolah baharu dijangka mula beroperasi pada tahun ini bagi meningkatkan akses pendidikan dan membantu isu sekolah pandat di kawasan bandar.

Kementerian Pendidikan memaklumkan, ia melibatkan sebanyak lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah di Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

“Peningkatan jumlah sekolah yang beroperasi dapat meningkatkan akses pendidikan sekaligus membantu menangani isu sekolah padat yang dihadapi terutamanya di kawasan bandar.

“Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha memastikan akses pendidikan berkualiti untuk semua murid walau di mana juga mereka berada,” kata kementerian itu dalam hantaran Facebook.

Sebelum ini, Belanjawan 2025 menyaksikan Kementerian Pendidikan menerima peruntukan sebanyak RM64.1 bilion berbanding RM58.7 bilion ringgit sebelumnya sekali gus menjadikan ia peruntukan tertinggi dalam sejarah.

Pecahan itu membabitkan sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk projek naik taraf dan penyelenggaraan sekolah seluruh negara.

Selain itu, RM1 bilion dikhususkan untuk menyelenggara semua jenis sekolah, terutamanya keadaan bilik darjah yang uzur, termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, sekolah agama, sekolah dalam kem tentera dan sekolah pendidikan khas.

Sementara RM1 bilion lagi dikhususkan untuk menaik taraf prasarana daif di 543 buah sekolah, terutamanya di Sabah dan Sarawak, manakala 44 sekolah baharu akan mula dibina.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN