RANTAU PANJANG: Perhatian serius perlu diberikan terhadap semua 169 lintasan haram Malaysia-Thailand yang dikesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Kelantan, tahun lalu. Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, semua ‘pintu masuk’ berkenaan adalah kawasan strategik bagi aktiviti rentas sempadan termasuk melibatkan kegiatan-kegiatan yang bercanggah dengan peruntukan undang-undang. Sehubungan itu, beliau mengarahkan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman memberi perhatian…