PETALING JAYA: Pengisytiharan aset oleh dua anak Tun Dr. Mahathir Mohamad, iaitu Tan Sri Mokhzani Mahathir dan Tan Sri Mirzan Mahathir menunjukkan komitmen dalam mematuhi undang-undang dan memastikan integriti dalam pentadbiran swasta dan awam. Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, langkah itu juga disifatkan sebagai usaha ke arah meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti, selaras dengan prinsip integriti yang diperjuangkan. “MCW menyokong kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam…









