BENTONG: Seorang wanita hanya mengetahui kematian adiknya menerusi hebahan dalam media sosial selepas pihak berkuasa mencari waris kemalangan meragut dua nyawa di Kilometer 42.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, di sini, kelmarin. Kemalangan melibatkan sebuah treler yang terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter kira-kira pukul 8 malam itu mengorbankan pemandu kenderaan tersebut, Norazuat Mokhtar, 39, dan seorang lagi mangsa yang sedang dikenal pasti identitinya. Kakak Norazuat, Noorelieena berkata, dia mengetahui kejadian…










