Rimasnya ‘berperang’ dengan lalat - Utusan Malaysia

Rimasnya ‘berperang’ dengan lalat

SITI Farhana Buyung menunjukkan pelekat dipenuhi lalat ketika ditemui di Kampung Sungai Batu, Pedas Tengah, Rembau, Negeri Sembilan, semalam. – UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Penduduk di Kampung Sungai Batu, Pedas Te­ngah, di sini rimas berdepan dengan isu lalat sejak lebih sebulan lalu yang dipercayai berpunca daripada aktiviti penternakan ayam komersial.

Penduduk, Siti Farhana Buyung, 38, berkata, masalah berkenaan pernah berlaku pada tahun 2016 disebabkan aktiviti reban ayam secara komersial tidak jauh dari kawasan perkampungan berkenaan, namun berjaya diselesaikan namun isu ‘serangan’ lalat kini kembali dihadapi penduduk.

“Saya tidak langsung membuka tingkap rumah bagi mengelakkan lalat masuk, namun, rumah keluarga saya yang terletak bersebelahan memang tidak dapat elak, tingkap rumah perlu dibuka dan disebabkan itu hampir 24 jam ada sahaja lalat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejak sebulan ini, dalam sehari kami menggunakan 10 hingga 20 keping perangkap lalat kerana tak tahan lagi dengan masalah ini. Di kampung ini, hampir 30 buah rumah juga terjejas dengan masalah ini yang kami percaya berpunca daripada aktiviti penternakan ayam komersial juga,” katanya ketika ditemui di Kampung Sungai Batu, Pedas Tengah, di sini, semalam.

Penduduk, Bakhtiar Raidin, 44, yang sudah 10 tahun me­netap di kampung itu menyedari masalah serangan lalat bermula sejak dua tahun lalu.
Bagaimanapun katanya, waktu itu serangan lalat tidak begitu teruk seperti sekarang, hingga amat mengganggu kehidupan hariannya sekeluarga.

“Rumah saya terletak jauh sedikit dari reban berkenaan tetapi situasi dirasakan makin teruk sejak tiga hari lalu, justeru saya dan penduduk kampung merayu reban ayam di hujung kampung ini ditutup segera,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Dae­rah Rembau, Mohd. Zamri Mohd Esa ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat aduan berkenaan dan mengambil tindakan bersesuaian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini