KUALA KANGSAR: Penduduk Taman Puncak Bougainvillea di sini bimbang terhadap ancaman tebing runtuh yang hanya dalam jarak 10 meter dari kediaman masing-masing. Runtuhan tanah yang berlaku bersebelahan Jalan Puncak Bougainvillea didakwa semakin teruk dan jika dibiarkan boleh menyebabkan kejadian lebih buruk. Berdasarkan tinjauan, tanah runtuh curam itu bersebelahan parit yang dipenuhi sampah sarap serta berbau busuk dengan sekurang-kurangnya enam rumah terletak berhampiran lokasi tersebut. Menurut seorang penduduk, Wan Abdul Jalil…