ALOR GAJAH: Klinik Kesihatan (KK) Kuala Sungai Baru di sini bakal mempunyai sebuah lif tidak lama lagi menerusi peruntukan yang akan dimohon kepada Kementerian Kesihatan. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Melaka, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, terdapat keperluan lif di fasiliti kesihatan itu bagi memudahkan pesakit orang kurang upaya (OKU) dan warga emas menjalani rawatan di tingkat dua. Menurutnya, peruntukan akan dimohon kelak tidak termasuk sejumlah RM200,000 yang…