Ibu tunggal hilang tempat tinggal terima bantuan

Ibu tunggal hilang tempat tinggal terima bantuan

MASINTAN Syazzila menunjukkan tapak rumah pusaka miliknya yang musnah dalam kebakaran di Pekan Darat, Butterworth, Pulau Pinang bulan lalu.-MINGGUAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang ibu tunggal pilu me­ngenangkan nasib apabila rumah pusaka didiami bersama keluarga di Pekan Darat di sini, musnah dalam satu kebakaran pada 21 Disember lalu.

Masintan Syazzila Mansor, 40, yang tinggal bersama bapa dan dua anaknya yang masing-masing berusia 15 dan 19 tahun berkata, ketika kejadian, dia membeli barangan keperluan dapur dan difahamkan, litar pintas menjadi punca rumah berkenaan hangus dijilat api.

“Anak-anak terdengar bunyi letupan kecil dan api marak dengan pantas, namun, saya bersyukur mereka semua selamat,” katanya.

Wanita yang bekerja sebagai tukang masak kem tentera ini ditemui selepas menerima kunjungan rombongan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), semalam.

Hadir menyampaikan bantuan ialah Timbalan Ketua Menteri 1 yang juga Yang Dipertua MAINPP, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid.

Dalam lawatan itu, Mohamad menyerahkan bantuan bernilai RM8,000 kepada Masintan selain mengusahakan beberapa permohonan lain termasuk Tabung Bencana TYT kepada keluarga berkenaan.

Difahamkan, Masintan sekeluarga kini ditempatkan di Pangsapuri Wakaf An-Nur yang juga milik MAINPP di Teluk Air Tawar, di sini.

Mohamad berkata, bantuan itu adalah skim agihan secara one off yang disediakan Zakat MAINPP untuk mangsa kebakaran dan jumlah RM8,000 itu adalah kadar maksimum diberi kepada mangsa kebakaran selepas penilaian dibuat Zakat MAINPP manakala bantuan RM2,000 diberikan kepada mangsa terjejas akibat bencana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×