Fahmi Reza dibebaskan semalam

Fahmi Reza dibebaskan semalam

FAHMI REZA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENAMPANG: Aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza atau nama sebenarnya Mohd. Fahmi Reza Mohd Zarin, 47, dibebaskan daripada tahanan reman semalam.

Biarpun perintah tahanan reman ke atasnya sehingga hari ini namun, dia telah dibebaskan dengan jaminan Polis kira-kira pukul 5.30 petang.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superitendan Sammy Newton memaklumkan Fahmi dibebaskan semalam dan dia telah pun kembali ke Kuala Lumpur.

“Sudah dibebaskan dengan jaminan Polis semalam, kira-kira pukul 5.30 petang,” katanya ketika dihubungi.

Aktivis itu ditahan semasa hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang pada Isnin susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya berkaitan karikatur berbaur penghinaan terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Semalam, Fahmi diperintahkan menjalani tahanan reman selama sehari sehingga esok (hari ini) di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Sebelum ini, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh berkata, sebanyak 30 laporan polis telah diterima di seluruh Sabah berhubung poster karikatur Fahmi yang ditampal di beberapa kawasan di Sabah.

Berdasarkan paparan dalam laman Facebooknya, Fahmi menyatakan siasatan terhadapnya dilakukan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN