Enam pegawai kastam ditahan SPRM akan ditukarkan

Enam pegawai kastam ditahan SPRM akan ditukarkan

ENAM penguat kuasa dan lapan orang awam ditahan SPRM disyaki rasuah sindiket vape.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Enam pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan dipercayai terlibat dengan sindiket penyeludupan dan pengelakan cukai membabitkan rokok elektronik (vape) akan ditukar ke bahagian lain sehingga siasatan selesai.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin berkata, pihaknya sedang mendapatkan pengesahan nama pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan akan disusuli dengan pertukaran.

Menurutnya, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan semua agensi termasuk SPRM dan tidak akan berkompromi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Nasihat saya, berkhidmatlah dengan penuh ikhlas, cekap, tangkas dan berintegriti.  

“Sebagai agensi pemungut hasil negara, setiap warga JKDM bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah ini dengan berintegriti,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, jauhkan diri daripada perkara-perkara yang melanggar undang-undang negara dan mencemar nama baik jabatan ini.

Media sebelum ini melaporkan SPRM membongkar sindiket penyeludupan dan pengelakan cukai membabitkan rokok elektronik (vape) dengan ketirisan mencecah hampir RM8 juta.

Ia selepas SPRM menahan dua lori mencurigakan ketika keluar dari Pusat Pemeriksaan Kargo KLIA.

Hasil pemeriksaan menemukan 32,000 unit rokok elektronik bernilai RM 1.9 juta yang tidak diikrar dalam lori berkenaan.

Serentak itu, serbuan secara besar-besaran dilakukan di dua gudang penyimpanan syarikat-syarikat berkenaan.

Susulan itu enam pegawai kastam dan lapan orang awam termasuk enam pengarah syarikat ditahan dalam operasi sekitar KLIA dan ibu negara petang semalam.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini