Anwar adakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka di UK

Anwar adakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka di UK

ANWAR ketika pertemuannya dengan beberapa syarikat utama di London, UK baru-baru ini. - FB ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri hari ini meneruskan lawatan kerja ke London, United Kingdom dengan pertemuan bersemuka bersama beberapa syarikat utama di negara itu.

Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia melibatkan syarikat Standard Charted PLC, Jaguar Land Rover Automotive PLC, Raw Energy dan Yondr.

“Platform ini kritikal bagi memperbaharui dan juga menerokai peluang perniagaan, pelaburan dan perdagangan di Malaysia.

“Moga pertemuan ini dapat melonjakkan prestasi ekonomi negara ke tahap lebih baik, Insya-Allah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Turut hadir pada pertemuan berkenaan ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Terdahulu, beliau dan delegasi sempat singgah di Battersea Power Station yang dimiliki oleh konsortium syarikat-syarikat Malaysia terdiri daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB), Sime Darby Property, SP Setia Bhd, dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Kata Anwar, ketersediaan segala infra di sana mampu menarik dan mengembangkan pulangan pelaburan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) itu ke tahap lebih tinggi di masa hadapan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN