Seramai 57 pelajar yang dibiayai oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menerima sijil Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) dalam majlis penyampaian sijil kepada yang diadakan di Hotel Park Avenue Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.
Mereka menerima sijil itu setelah lapan orang menamatkan kursus industri automasi (mekatronik), 19 orang kursus elektronik industri dan 30 orang kursus industri elektrik dengan cemerlang yang diadakan di Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah (KISMEC) di Taman Ria Jaya, Sungai Petani.
Pengurus Besar KEDA, Ismasuhaimi Sharif menyampaikan sijil kepada semua pelajar tersebut.
Yang turut hadir Pengarah Eksekutif Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah (KISMEC), Mohd Yusuri Yusof, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA, Khairul Azmeer Abu Bakar dan Pengurus Pembangunan Komuniti KEDA, Mohd Azam Omar. – UTUSAN