Edisi ketiga MAIWP Run 2025 yang berlangsung di Dataran Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya semalam mendapat sambutan meriah apabila disertai seramai 10,123 orang. Ia sekali gus menjadi edisi larian terbesar MAIWP Run dengan jumlah peserta teramai. Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, program kali ini dianjurkan dengan kerjasama Koperasi PPZ Bhd (KoPPZ). Beliau berkata, larian itu disertai pelbagai kaum selain penyertaan peserta luar negara seperti…