Zayn Rayyan: AGC tolak representasi ibu bapa

Zayn Rayyan: AGC tolak representasi ibu bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan oleh ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin berkaitan pertuduhan mengabaikan anaknya, enam bulan lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memaklumkan perkara itu ketika sebutan kes di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh.

Justeru itu, Raja Zaizul mencadangkan mahkamah menetapkan tarikh sebutan baharu untuk mengemas kini dokumen sebelum perbicaraan dimulakan.

Mahkamah telah menetapkan tarikh bicara bagi kes ini pada 3 hingga 7 Februari serta tarikh tambahan 10 hingga 14 Mac 2025. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN