Warga Pakistan didenda RM100 hantar mesej lucah

Warga Pakistan didenda RM100 hantar mesej lucah

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Pakistan didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini di atas pertuduhan menghantar mesej berbaur kesat kepada seorang lelaki tempatan, bulan lalu.

Majistret Illi Marisqa Khalizan membuat keputusan itu setelah tertuduh, Noman Iftikhar, 44, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya.

Sekiranya gagal membayar denda berkenaan, tertuduh perlu dipenjara selama tiga hari.

Mengikut pertuduhan, Noman didakwa dengan sengaja mengaibkan kehormatan mangsa dengan menghantar mesej berunsur kesat dan lucah melalui aplikasi WhatsApp sehingga mengganggu kesantunan individu berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan pada 9.30 malam, 25 November lalu, di Jalan Changkat Thambi Dollah, di sini.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Syafika Azwa Fikri mencadangkan hukuman maksimum RM100 wajar dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu tidak mengemukakan sebarang rayuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN