Veteran UMNO nasihat buang ego, kukuhkan semula parti

Veteran UMNO nasihat buang ego, kukuhkan semula parti

Veteran UMNO nasihat pemimpin dan bekas pemimpin parti itu kembali kukuhkan perpaduan bagi menghadapi PRU16. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: ‘Buang yang keruh, ambil yang jernih.’ 

Itu pesanan veteran politik, Tan Sri Mohd. Yussof Latiff kepada bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan penggantungan untuk kembali semula kepada parti.

Mohd. Yussof berkata, kemelut yang berlaku antara pimpinan UMNO serta bekas ahlinya tidak wajar dipanjangkan memandangkan parti itu perlu bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

“Bekas pimpinan UMNO yang berdepan dengan tindakan sebelum ini ada jasanya, ada pengalamannya yang tersendiri.

“Kalau mereka ini kembali semula kepada parti ia akan dapat mengkukuh dan menguatkan UMNO untuk berdepan dengan pilihan raya umum nanti, eloklah mereka buang yang keruh ambil yang jernih,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, beliau sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan penggantungan.

Antaranya, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dan juga bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang digantung keahlian selama enam tahun sejak Januari tahun lalu.

Ia susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian bekas Ahli Parlimen Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Mohd. Yussof, bekas pimpinan parti serta pemimpin UMNO pada masa ini wajar merendahkan ego masing-masing demi kebaikan bersama dan jika ada permohonan daripada bekas ahli atau pemimpin untuk menyertai semula parti, mereka wajar menerima dan meluluskan permohonan tersebut.

“Tindakan disiplin telah diambil, dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk UMNO dikukuhkan semula,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN