KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa 25 pertuduhan berkait penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikenakan terhadapnya bermotifkan politik. Tambahnya, beliau juga telah diprejudiskan apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) tidak pernah memaklumkan kepadanya secara spesifik dakwaan yang akan dikenakan kepadanya. “Saya telah dibawa untuk didakwa di mahkamah sebaik selesai memberi keterangan. Tindakan untuk memberikan gambaran mengenai motivasi untuk mendakwa saya di mahkamah. Mereka (SPRM) seolah-olah…