KUALA KRAI: Walaupun sedekad bah kuning yang melanda jajahan ini berlaku, majoriti penduduknya masih trauma dengan bencana luar biasa itu sehingga ada dalam kalangan mereka memilih tidak membeli perkakasan rumah seperti sofa dan televisyen. Seorang penduduk Kampung Manjor, Jamal Rahmat Mohammad, 47, berkata, sejak kejadian itu, dia hanya membeli barangan perlu sahaja untuk diletakan di dalam rumah bagi mengelakkan terus berdepan kerugian besar akibat banjir. “Saya sudah tidak sanggup menanggung…










