Tidak tangguh SPM keputusan muktamad

Tidak tangguh SPM keputusan muktamad

FADHLINA Sidek melawat dan melihat keadaan SMK Sri Gunong yang terjejas berikutan bencana banjir yang melanda baru-baru ini di Alor Setar. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Keputusan tidak menangguhkan jadual Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) muktamad berdasarkan kesiapsiagaan semua pihak terlibat dalam menghadapi bencana banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut ini sehingga Mac tahun depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, di peringkat kementerian itu, Op Payung akan terus diaktifkan bagi menangani semua isu yang terkait dengan persekolahan, peperiksaan dan bencana banjir.

“Kita berdoa supaya tidak berlaku perkara tidak diingini. Macam saya sebut dan ulang sebut bahawa Op Payung diaktifkan. Jadi ini bermakna persiapan kita bukan sahaja soal keselamatan, kebajikan tetapi secara keseluruhan termasuk peperiksaan SPM itu.

“Maknanya kita bersedia melaksanakannya daripada hari pertama peperiksaan tempoh hari. Ujian itu akan terus kita pastikan dan pantau dengan ketat untuk memastikan semua pelajar dapat menghadapi peperiksaan dengan selamat dan Op Payung bersedia setiap masa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gunong, di sini yang terjejas akibat bencana banjir pada bulan lepas.

Tambah Fadhlina, kementerian terlibat termasuk semua jentera di peringkat agensi bersedia untuk menggerakkan Op Payung tersebut sekiranya berlaku bencana banjir bila-bila masa.

“Jadi kita sudah bersiap untuk apa sahaja kemungkinan dan semua pegawai, jentera peringkat agensi telah bersedia. Kita harap sesi ini dapat berlangsung dengan baik selepas ini.

“Kita juga membuat persiapan sekiranya gelombang kedua, ketiga yang sebagaimana dipersiapkan minda dan emosi oleh pihak MetMalaysia untuk berhadapan dengan gelombang-gelombang selanjutnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya