Tidak boleh lihat orang susah

Tidak boleh lihat orang susah

AZIZAH Senon menyumbangkan barangan keperluan kepada penduduk yang menderita penyakit di Tapah, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Seorang ibu tunggal, Azizah Senon, 53, tidak sanggup melihat golongan tidak berkemampuan mengalami kepayahan hidup terutama melibatkan kesihatan.

Dia yang sudah enam tahun menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Geng Tolong Orang (GTR) Batang Padang membantu khususnya pesakit terlantar dengan bantuan katil, kerusi roda, tongkat, lampin dewasa, bantal dan susu khas.

“Secara amnya, ratusan individu terutama golongan miskin, B40 termasuk M40 yang telah menerima bantuan termasuk kaum Cina, India dan masyarakat Orang Asli.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak mengehadkan kepada mereka yang tertentu sahaja asalkan semua mendapat manfaat atas usaha yang tidak seberapa ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Katanya, setakat ini, GTO Batang Padang mempunyai 50 katil dan 20 kerusi roda yang berkonsepkan wakaf iaitu apabila penggunanya telah mening­gal dunia akan diberikan kepada mereka memerlukan yang masih hidup.

“Semua sumbangan wang untuk membeli peralatan ini termasuk tongkat, lampin dewasa, bantal dan susu khas hasil sumbangan rakyat negara ini, malah yang mengharukan terdapat pelajar tadika yang turut menyumbang.

“Selain itu, ada individu yang turut menyumbang sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk memudahkan urusan penghantaran peralatan dan barangan ini,” katanya.

Tambah beliau, usaha itu telah memberi manfaat kepada ratusan individu dari Tapah sehingga ke Tanjung Malim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini