Tiada bohong sunat kecuali darurat

Tiada bohong sunat kecuali darurat

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tiada bohong sunat kecuali darurat

Soalan
Kita diharamkan berbohong dalam setiap keadaan termasuklah bergurau. Adakah bohong sunat itu ada dalam Islam. Minta perjelaskan apa maksud bohong sunat dalam Islam sekiranya ia dibenarkan.

Hasmi
Kajang

JAWAPAN
Hukum asal berbohong adalah terlarang. Ia hanya diharuskan ketika darurat seperti menyelamatkan orang yang diburu penjahat atau untuk mendamaikan mana-mana pihak. Tidak ada bohong sunat kerana adalah haram berbohong melainkan ketika terdapat hujah atau darurat.

Seni dalam Islam

Soalan
Apa hukumnya seni dalam Islam kerana seni adalah pameran bakat dan ia juga anugerah Allah yang tidak seharusnya disia-siakan.

Murni
Kuantan

JAWAPAN
Seni merupakan anugerah yang perlu digunakan untuk kecantikan dan ketenangan. Tidak boleh seni digunakan untuk meruntuhkan agama. Ini termasuk meruntuhkan akhlak dan hal-hal yang membawa kepada kelalaian.

Cemburu salah sangka

Soalan
Saya ingin penjelasan ustaz. Kadangkala saya cemburu ibu bapa tidak melayan saya seperti adik beradik lain. Adakah saya berdosa berprasangka begitu?

Ingin tahu
Johor Bahru

JAWAPAN
Cemburu terhadap layanan ibu bapa adalah lintasan dan tidak ada dosa. Yang berdosa sekiranya terdapat tindakan seperti membuat konspirasi atau memburukkan saudara sendiri kerana cemburu itu. Sekiranya terdapat rasa cemburu, buang cepat-cepat dan maafkanlah ibu bapa anda.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya