Rakaman tular di Kajang bukan kes culik

Rakaman tular di Kajang bukan kes culik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis mengesahkan tiada kes penculikan berlaku di kawasan Jalan Zamrud Utama, Kajang dekat sini seperti ditularkan di media sosial.

Video berdurasi 1 minit 34 saat tular di Tiktok mengenai kejadian yang didakwa penculikan di kawasan berkenaan pada pukul

10.30 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abd Yusof berkata,hasil semakan pihaknya mendapati tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berkaitan kejadian berkenaan sehingga kini.

Kata beliau, maklumat juga mendapati ada saksi yang melihat kejadian dan mengatakan mendengar salah seorang daripada pasangan berkenaan mengatakan supaya orang ramai tidak mencampuri urusan mereka suami isteri dan kemudian beredar.

“Bagaimanapun, tindakan sudah dijalankan untuk mengesan pemilik kenderaan dan pasangan berkenaan.

“Siasatan lanjut mengenai kejadian ini masih dalam siasatan pihak polis bagi mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat diperoleh setakat ini, pihak polis menolak dakwaan di media sosial bahawa ia kejadian penculikan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkait kejadian berkenaan boleh menghubungi Balai Polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Suresh di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan.

“Orang ramai juga diingatkan tidak membuat sebarang komen yang tidak sahih sehingga mendatangkan kegusaran awam,”jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya