Premium insurans perubatan belum dimuktamadkan - Anwar

Premium insurans perubatan belum dimuktamadkan – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, penetapan premium insurans perubatan bagi tahun depan belum dimuktamadkan.

Menurut Perdana Menteri, beliau dimaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) kini sedang memuktamadkan perkara itu selepas perbincangan bagi menetapkan kenaikan premium itu dirunding semula.

“Jadi setakat ni proses itu masih dirunding semula,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Manar, Presint 14, di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying memaklumkan, Kementerian Kewangan dalam proses rundingan dengan pihak berkaitan berhubung kenaikan premium insurans perubatan antara 40 dan 70 peratus pada tahun depan.

Hui Ying dilaporkan berkata, BNM masih berunding bagi mengatasi isu berkenaan.

Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen membangkitkan mengenai kenaikan premium insurans berkenaan yang disifatkan tidak munasabah dan membebankan rakyat.

Pada 28 November lalu, BNM mengarahkan syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) menyemak strategi penentuan semula harga insurans perubatan serta kesihatan (MHIT) untuk memastikan ia lebih wajar.

Ia termasuk menguruskan kenaikan premium atau sumbangan dengan mengambil kira impak terhadap pemegang polisi takaful.

Bagaimanapun pada 3 Disember lalu Persatuan Insurans Hayat Malaysia yang mewakili ITO telah mengumumkan bahawa kenaikan insurans akan dikekalkan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya