Polis rugi RM3 juta akibat banjir

Polis rugi RM3 juta akibat banjir

AYOB Khan Mydin Pitchay ketika melawat Balai Polis Kuala Jengai, Dungun Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencatat kerugian kira-kira RM3.2 juta selepas balai dan pondoknya rosak dalam kejadian banjir serta ribut di 42 lokasi di seluruh negara pada Monsun Timur Laut (MTL), setakat ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM2.5 juta kerugian melibatkan kerosakan premis berkenaan setelah dilanda bah di 32 lokasi.

“Ini (kerugian) yang ada sekarang, mungkin akan ada penambahan lagi kemudian, macam di Kelantan itu, ada balai mengalami kerosakan teruk dan tak diselamatkan sebab air naik cepat.

“Setakat ini, Kelantan banyak (kerugian), habis rosak peralatan, komputer dan dokumen-dokumen rosak,” katanya selepas melawat Balai Polis Kuala Jengai di sini yang terjejas banjir di sini, semalam.

Di KEMAMAN, seramai 43 penghuni asrama dan kuarters guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kubu, Kijal, dekat sini diselamatkan selepas sekolah itu dinaiki air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Mohd. Hafiezul Mohamad berkata, seorang guru menghubungi pasukan penyelamat dan pihaknya berjaya membawa keluar seramai 29 pelajar dan 14 guru serta pasangan bersama empat kanak-kanak dengan menggunakan dua buah bot.

Mohd Hafiezul berkata, kira-kira 500 meter laluan masuk ke sekolah itu yang berada di kawasan ladang sawit ditenggelami air dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan.

Sementara itu, empat sekeluarga turut diselamatkan selepas terperangkap di rumah mereka yang dinaiki air di Kampung Teluk Kalong, dekat Kemaman.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Zailani Abdullah berkata, dua anggota bomba menggunakan bot untuk membawa empat mangsa terdiri daripada dua wanita dan dua kanak-kanak keluar ke lokasi selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN