Penjawat awam ‘hangus’ RM148,000

Penjawat awam ‘hangus’ RM148,000 terpedaya skim pelaburan tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Seorang penjawat awam berputih mata apabila wang sebanyak RM148,000 lesap akibat terpedaya dengan skim pelaburan saham dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, lelaki berusia 46 tahun itu terpikat dengan keuntungan lumayan yang dijanjikan oleh satu pelaburan saham melalui aplikasi WhatsApp pada 4 September lalu.

Katanya, mangsa mengikuti kelas pelaburan tersebut melalui kumpulan WhatsApp dan diarahkan memuat naik aplikasi P Trade untuk meneruskan pelaburan.

“Mangsa yang berasal dari Kuala Terengganu tidak pernah berjumpa dengan mana-mana individu atau ke pejabat atau menerima sebarang dokumen berkenaan pelaburan tersebut.

“Mangsa hanya berhubung melalui WhatsApp dan membuat 28 transaksi dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM138,000 untuk bayaran modal bermula dari 19 September hingga 24 Oktober lalu,” katanya hari ini.

Semua bayaran tersebut dibuat ke tiga akaun bank berbeza seperti yang diarahkan oleh individu melalui WhatsApp tersebut.

Tambahnya, berdasarkan aplikasi P Trade itu, mangsa dikatakan mengumpul keuntungan pelaburan sebanyak RM1,33,253.

Katanya, mangsa  mengeluarkan keuntungan sebanyak RM3,400 namun pengeluaran kali kedua gagal dilakukan kerana akaunnya dibekukan.

“Mangsa dikenakan penalti sebanyak RM25,000 jika ingin terus mengeluarkan wang keuntungan saham berkenaan. Bagaimanapun, mangsa yang terdesak mahu mendapatkan keuntungan itu telah membayar wang penalti sebanyak RM10,000.

“Mangsa bagaimanapun kecewa kerana jumlah itu tidak dipersetujui oleh suspek kerana masih berbaki RM15,000 wang penalti menyebabkan mangsa berasa tertipu dan membuat laporan polis petang semalam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN