PASIR PUTEH: Penduduk Kampung Alor Pasir, Gaal di sini mengambil inisiatif sendiri mengumpul wang berjumlah RM5,000 bagi membaiki jalan utama yang rosak akibat lubang benam berhampiran jambatan bagi mengelakkan risiko kepada orang ramai. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Mukim Wakaf Raja, Tengku Harith Tengku Aziz berkata, pihaknya bimbang jika langkah segera tidak diambil berkemungkinan besar jalan tersebut mengalami kerosakan lebih teruk kerana musim tengkujuh belum berakhir. “Bimbang…










