PARLIMEN: Projek tebatan banjir ikut jadual ditetapkan - PM

PARLIMEN: Projek tebatan banjir ikut jadual ditetapkan – PM

ANWAR Ibrahim-JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Projek tebatan banjir di seluruh negara dilaksanakan mengikut jadual walaupun ada antara dari projek tersebut dibatalkan pada 2022 dan kemudiannya ditenderkan semula.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan membatalkan projek tebatan banjir pada dua tahun lalu kerana dasar kerajaan yang menolak rundingan dilakukan secara terus.

Kata beliau, kerajaan menyegerakan proses perolehan tender berkaitan projek tersebut walaupun perlu melakukan perbadingan sekurang-kurangnya 10 syarikat yang berupaya dan memberikan kos munasabah.

“Setakat ini, melainkan satu di Terengganu kalau tak salah saya, yang lain masih mengikut jadual.

“Kalau dikatakan apakah ada bukti bahawa ada upaya menyelamatkan dana, (jawapannya) iya, kita ada rekod bahawa dalam rundingan terus dengan proses tender memang kita selamatkan dana besar daripada yang diperuntukkan sebelumnya,” katanya semasa sesi soal jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) yang memintanya menjelaskan garis masa untuk projek tebatan banjir yang sebelum ini dibatalkan oleh kerajaan.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, proses penilaian teknikal oleh kementerian, penilaian kewangan harus dipatuhi dalam proses pelaksanaan projek tebatan banjir.

“Saya harap ahli-ahli yang berhormat (faham) sistem sekarang ini, proses tender mesti cukup telus dan kebocoran yang besar sebelum ini ialah kerana kita ikut amalan rundingan terus,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya