PARLIMEN: KDN kaji penggunaan POCA terhadap kumpulan kultus

PARLIMEN: KDN kaji penggunaan POCA terhadap kumpulan kultus

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL/IHSAN JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengkaji kesesuaian menggunakan undang-undang pencegahan sedia ada seperti Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) terhadap kumpulan kultus.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, undang-undang bersifat punitif berkemungkinan tidak dapat menyelesaikan masalah sedemikian secara holistik disebabkan masalah teknikal perundangan seperti mana undang-undang pencegahan.

Bagaimanapun, kata beliau, KDN akan meminda akta tersebut sekiranya terdapat keperluan.

“Kementerian akan melaksanakan tindakan sewajarnya termasuk mengadakan sesi libat urus dengan pemegang-pemegang taruh yang berkepentingan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) yang memintanya menyatakan sama ada kerajaan bercadang untuk menggubal atau meminda undang-undang baharu bagi mengekang kegiatan kumpulan kultus.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata, kerajaan sudah melancarkan Pelan Tindakan Malaysia bagi Mencegah dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (MyPCVE).

Jelasnya, pelan tersebut menggariskan sebanyak empat (4) teras dan mengandungi 15 Fokus Strategik, 59 Inisiatif, dan 60 Petunjuk Prestasi Utama.

“Kerajaan percaya pelan tersebut berupaya untuk mencegah penularan fahaman pelampau di kalangan masyarakat Malaysia,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya