Park Min Jae meninggal dunia ketika bercuti - Utusan Malaysia

Park Min Jae meninggal dunia ketika bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pelakon drama Call It Love, Park Min Jae, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bercuti di China.

Berita duka itu dikongsikan agensi bakat, Big Title, menerusi sebuah hantaran di media sosial pada Isnin.

“Mendiang ialah seorang yang sangat berbakat dan selalu memberikan lakonan terbaik dalam kerjayanya. Kini, beliau telah pun pulang ke syurga.

“Kami sangat bersyukur dan berterima kasih atas sokongan dan ucapan baik yang anda kongsikan untuk Park Min Jae.

“Walaupun kita tidak lagi dapat melihat lakonannya, tapi kami di agensi, sangat bangga untuk mengingati dan memanggilnya sebagai artis Big Title.

“Semoga rohnya aman di sana,” tulis agensi berkenaan.

Turut terkejut menerima khabar itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Big Title, Hwang Joo hye, yang berkongsi perbualan terakhir bersama aktor itu.

Sebelum meninggal, Park penah memberitahu bahawa dia mahu bercuti dan mengelilingi negara China selama sebulan.

“Dia mahu keliling China selama sebulan dan siapa sangka, dia sudah pun pergi melalui perjalanan yang lebih panjang.

“Berita ini sangat mengejutkan dan sudah tentu, pihak keluarga sangat sedih menerima berita pemergian ini.

“Min Jae, ada banyak perkara mahu kita lakukan bersama. Namun saya tetap bersyukur kerana berpeluang menguruskan anda walaupun dalam masa yang singkat. Saya tidak mungkin melupakan anda, Park Min Jae,” kongsinya.

Sepanjang hayatnya, Park Min Jae telah berlakon pelbagai drama popular antaranya Tomorrow, Little Woman, Call It Love dan Mr. Lee. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN