Nelayan berputih mata, perahu 'ditelan' arus Sungai Lembing

Nelayan berputih mata, perahu ‘ditelan’ arus Sungai Lembing

ANTARA perahu yang rosak akibat arus deras Sungai Tembeling berdekatan Kuala Tahan di Jerantut, Pahang. - GAMBAR IHSAN PGPBTN KUALA TAHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Enam buah bot penambang dan perahu milik nelayan sungai dan ahli Persatuan Gabungan Perkhidmatan Bot Taman Negara (PGPBTN) Kuala Tahan tenggelam ditelan arus deras Sungai Tembeling di Kuala Tahan di sini, kelmarin.

Kejadian pukul 8.56 malam itu berlaku ketika hujan lebat dan paras Sungai Tembeling naik mendadak sehingga kebanyakan pemilik tidak sempat menyelamatkan bot penambang serta perahu masing-masing.

Difahamkan, kejadian itu berpunca air Sungai Tembeling meningkat kepada aras bahaya dan arus mengalir deras ke Kuala Tahan tanpa disedari penduduk yang kebanyakan bekerja sebagai pengusaha pelancongan, pemandu bot pelancong dan nelayan sungai.

Seorang nelayan sungai di Kuala Tahan, Ismaiza Zawawi, 40, berkata, dia tidak menyedari kejadian itu kerana tidak turun ke Sungai Tembeling menangkap ikan ekoran hujan lebat dan air meningkat sejak dua hari lalu.

“Saya terkejut apabila dihubungi rakan memberitahu perahu yang saya gunakan untuk menangkap ikan sudah tenggelam akibat arus deras di Sungai Tembeling,” katanya.

Ismaiza berkata, dia bergegas ke sungai untuk melihat tempat perahunya ditambat, tetapi mendapati sudah tenggelam bersama enjin dan peralatan menangkap ikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN