BAGAN DATUK: Penduduk Kampung Sungai Balai di sini bimbang berikutan kejadian lubang benam di laluan yang digunakan pekebun dan juga jalan ke Beting Beras Basah, iaitu lokasi tumpuan pelancong. Tinjauan mendapati berlaku lubang benam di tengah-tengah laluan tersebut dengan kedalamannya dianggarkan lebih satu meter dipercayai akibat runtuhan lapisan bawah tanah. Penduduk berkata, lubang benam itu sudah terbentuk sejak seminggu lalu, menyebabkan tidak boleh dilalui kenderaan sehingga penduduk meletakkan pelepah kelapa sawit di dalamnya sebagai tanda amaran kepada pengguna. Seorang penduduk, Sri Hidayah Ismail, 46, berkata, lubang benam itu berlaku mungkin…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya