KUALA TERENGGANU : Lima sekeluarga yang berada di Sekolah Kebangsaan Rhu 10 dekat Setiu menjadi mangsa banjir terakhir di Terengganu.
Pusat pemindahan sementara (PPS) itu adalah satu-satunya yang masih beroperasi di Terengganu ketika ini.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan lima sekeluarga itu masih tidak dibenarkan pulang ke rumah disebabkan masalah banjir termenung. – UTUSAN