Lelaki miliki 18 rekod jenayah ditahan pecah kedai, curi motosikal

Lelaki miliki 18 rekod jenayah ditahan pecah kedai, curi motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Seorang lelaki warga tempatan yang mempunyai 18 rekod jenayah ditahan polis kelmarin bagi membantu siasatan melibatkan kes pecah kedai dan melarikan sebuah motosikal di Gelang Patah, awal bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, pihaknya menerima laporan polis terhadap suspek berusia 29 tahun itu pada 1 Disember lalu.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai 14 rekod jenayah dan empat rekod melibatkan kesalahan dadah.

“Manakala ujian urin yang dibuat mendapati suspek juga positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Kumarasan, dalam operasi tersebut, pihaknya turut merampas sebuah motosikal Yamaha YZR-R25 berwarna hitam serta perkakas seperti spanar, pemutar skru, pisau boleh laras, gunting serta ‘allen key’.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam hingga 17 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN