Lebuh Raya Karak dalam proses muktamad reka bentuk

Pelebaran lorong tambahan Lebuh Raya Karak dalam proses muktamad reka bentuk

RAZALI KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Syarikat konsesi, AFA Prime Berhad kini dalam proses memuktamadkan reka bentuk sebelum memulakan kerja-kerja pembinaan fizikal projek pelebaran lorong tambahan Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang dijangka bermula Januari tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri, Datuk Ir. Razali Kassim berkata, kelewatan berkenaan berikutan pertukaran pemegang saham yang baru sahaja dimuktamadkan.

“Berdasarkan perjanjian konsesi, tempoh pembinaan pelebaran lebuh raya KLK adalah selama empat tahun dan dijangka siap pada 2029,” katanya ketika menjawab pertanyaan Su Keong Siong (DAP-Ketari) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini. 

Razali berkata, projek pelebaran lebuh raya KLK akan melibatkan jarak 45.3 kilometer dengan kos keseluruhan berjumlah RM2.1 billion yang dibiayai sepenuhnya oleh syarikat konsesi terbabit. 

“Cadangan pelebaran lebuhraya KLK ini dijangka dapat menyediakan lebuh raya yang selesa, cepat, mudah dan cekap serta berupaya menangani isu kesesakan yang sering berlaku di lebuh raya ITU pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu,” ujarnya.

Menjawab pertanyaan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas-Cheka) berkaitan sekiranya terdapat cadangan kerajaan negeri untuk menghapuskan Tol Karak dan Bentong sebagai usaha mengurangkan kesesakan di lebuhraya berkenaan, Razali berkata, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mempunyai garis panduan tertentu yang perlu dipatuhi agensi terbabit. 

“Bagaimanapun kerajaan negeri akan memanjangkan cadangaan tersebut kepada pihak LLM untuk diperhalusi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN