Kluang Road Race: 11 jalan ditutup secara berperingkat esok.

Kluang Road Race: 11 jalan ditutup secara berperingkat esok.

MOHD FAHMY YAHYA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Sebanyak 11 Jalan utama di sekitar daerah Kluang akan ditutup secara berperingkat esok bagi memberikan laluan Program Kluang Road Race (KRR) 3.0 anjuran Majlis Perbandaran Kluang (MPK).

Yang DiPertua MPK, Mohd Fahmy Yahya berkata, Program KRR 3.0 pada tahun ini melibatkan penyertaan seramai 281 pelumba amatur dari dalam dan luar negara.

Katanya, penutupan 11 lokasi laluan sepanjang 136 kilometer (km) dibuat secara berperingkat mulai pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

“Penutupan bermula dari Dataran Tasik menuju ke Jalan Haji Manan seterusnya ke Pekan Paloh melalui Kampung Melayu Nyior dan Chamek.

“Dari Pekan Paloh peserta perlumbaan akan melalui Jalan Paloh menuju ke Batu Empat seterusnya melalui Penjara Kluang untuk ke persimpangan Felda Kahang Timur sebelum keluar di Jalan Padang Tembak menuju ke Felda Ulu Belitong.

“Di Felda Ulu Belitong, mereka akan melalui jalan pintas ke Pekan Renggam seterusnya berpatah balik melalui Jalan Teck Wah Heng ke Jalan Mengkibol sebelum perlumbaan ditamatkan di Dataran Tasik, Kluang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Polis Daerah Kluang akan menempatkan anggota bagi mengawal lalu lintas dan pengguna dinasihatkan mematuhi arahan yang diberikan pihak berkuasa.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi pihak MPK ditalian 07-7771461,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN