Kes simpan, beku mayat: Mohd. Na’im arah mufti beri penjelasan

Kes simpan, beku mayat: Mohd. Na’im arah mufti beri penjelasan

MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penjelasan dan kenyataan perlu diberikan Mufti Wilayah Persekutuan berhubung hukum syarak menyimpan dan membekukan mayat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar berkata, ia bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat berhubung perkara tersebut.

“Perbincangan telah diadakan dalam mesyuarat sebelum ini dan saya sudah minta Datuk Dr. Luqman Abdullah untuk mengeluarkan pandangan.

“Walaupun insiden (mayat bayi) itu berlaku di Selangor, namun tidak salah Mufti Wilayah Persekutuan untuk mengeluarkan pandangan umum,” katanya pada Majlis Pengumuman Bajet Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), di sini hari ini.

Beliau mengulas isu yang tular sebelum ini melibatkan mayat seorang bayi lelaki yang dibekukan selama lebih dua minggu oleh sebuah hospital swasta di Selangor.

Kejadian itu didakwa berlaku berpunca apabila bapa bayi berkenaan dikatakan tidak mampu membayar bil bagi caj kelahiran anaknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN