Kenaikan harga sayur dijangka berlarutan hingga awal tahun depan

Kenaikan harga sayur dijangka berlarutan hingga awal tahun depan

HARGA sayur-sayuran di pasar awam di Pulau Pinang khususnya cili merah meningkat dengan ketara susulan cuaca tidak menentu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Meskipun Pulau Pinang tidak begitu terkesan dengan bencana banjir yang berlaku di negeri-negeri lain di Semenanjung baru-baru ini, harga beberapa jenis sayur-sayuran di pasar awam khususnya di daerah Timur Laut di sini didapati tetap meningkat.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa pasar awam mendapati, sayur-sayuran seperti sawi, bayam, tomato dan bendi mengalami kenaikan harga yang difahamkan, selain kekurangan bekalan akibat banjir, permintaan tinggi turut menjadi antara faktor berlaku lonjakan harga.

Peniaga pasar awam, Lai Ong Tiong, berkata, cili merah paling ketara naik iaitu RM22 sekilogram berbanding antara RM14 dan RM15 sekilogram sebelum ini, manakala sawi, bayam dan kangkung antara RM6 dan RM7 sekilogram berbanding sekitar RM3.50 sekilogram minggu lalu.

Turut mengalami kenaikan harga ialah tomato daripada RM4 kepada RM6 sekilogram dan bendi daripada RM6.50 kepada RM10 sekilogram.

“Biarpun pelanggan merungut tetapi kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana bekalan diterimapun pun pada harga yang tinggi, namun bila bertanya kepada pemborong, mereka hanya memberitahu yang ada kebun tanaman sayur terjejas banjir yang menyebabkan bekalan berkurangan,” katanya yang menjangkakan kenaikan tersebut mungkin berlanjutan hingga hujung bulan ini atau awal tahun depan.

Peniaga, Razak Salleh menyedari berlaku kenaikan harga sejak awal bulan ini, namun lebih ketara sekitar minggu ini dan alasan diberikan pemborong ialah mereka membeli bekalan pada harga tinggi, menyebabkan peniaga tiada pilihan selain terpaksa menaikkan harga kepada pelanggan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN