KDN: Tiada Kes Pelucutan Kewarganegaraan Anak Angkat  - Utusan Malaysia

KDN: Tiada Kes Pelucutan Kewarganegaraan Anak Angkat 

Jabatan Penerangan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan bahawa pelucutan kewarganegaraan terhadap anak angkat di negara ini tidak pernah berlaku, sekali gus menolak dakwaan bahawa terdapat kes sedemikian.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, tindakan pelucutan kewarganegaraan hanya boleh dilakukan dalam situasi tertentu seperti yang dinyatakan di bawah Perlembagaan Persekutuan. 

Katanya, Ia melibatkan keadaan apabila individu berkenaan memperoleh kewarganegaraan negara lain atau menerima hak keistimewaan daripada negara asing.

“Setakat ini, tiada sebarang kes pelucutan kewarganegaraan melibatkan anak angkat direkodkan di negara ini. 

“Prosedur pelucutan taraf kewarganegaraan adalah langkah yang serius dan hanya dilakukan mengikut kriteria yang telah ditetapkan dalam undang-undang.

“Tindakan ini tidak dilakukan secara sewenang-wenangnya kerana ia melibatkan hak asasi seseorang individu. 

“Bagi anak angkat yang telah diberikan taraf kewarganegaraan secara sah, mereka dilindungi sepenuhnya oleh undang-undang Malaysia,” katanya ketika menjawab soalan tambahan yang diajukan oleh Ngeh Koo Ham (PH-BERUAS) dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam soalan tambahan tersebut, Koo Ham menyoal berkenaan dakwaan bahawa terdapat kes anak angkat yang kehilangan taraf kewarganegaraan disebabkan ibu bapa angkat mereka tidak mengikuti prosedur pengambilan anak angkat yang sepatutnya, terutamanya melalui proses mahkamah.

Menjawab isu itu, Shamsul Anuar menegaskan bahawa proses pengambilan anak angkat mesti dilakukan mengikut saluran undang-undang yang sah bagi memastikan hak kewarganegaraan kanak-kanak tersebut tidak dipersoalkan di kemudian hari. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya