SABAK BERNAM: Karnival Ban Canal 2024 pada kemuncak penganjurannya memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pengunjung sama ada penduduk tempatan ataupun pelancong menerusi pelbagai aktiviti seperti Larian Santai @ Bendang, pertandingan Silambam dan tarian singa. Pada sebelah pagi, karnival dimulakan dengan Larian Santai @ Bendang dengan penyertaan seramai 1,075 orang sepanjang lima kilometer yang mengangkat warisan dan kebudayaan setempat apabila peserta berpeluang menonjolkan gaya hidup komuniti tempatan. Seorang peserta, Shahri Nizam…