KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) campur tangan ke atas syarikat insurans yang didakwa menaikkan premium insurans perubatan sehingga 70 peratus tahun hadapan. Lim Guan Eng (PH-Bagan) berkata, tindakan syarikat insurans yang didakwa mengambil kesempatan kepada rakyat jelas menyalahi etika sedangkan industri insurans dilaporkan mengaut keuntungan tinggi separuh tahun pertama tahun ini. “Tindakan syarikat insurans nyawa menaikkan premium insurans perubatan antara 40 hingga…