Gelombang kedua: KPM aktifkan Op Payung, pastikan tiada calon SPM terjejas

Gelombang kedua: KPM aktifkan Op Payung, pastikan tiada calon SPM terjejas

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus mengaktifkan Op Payung sebagai persediaan menjelang Ujian Amali Sains bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ia bagi memastikan ujian yang dijadualkan berlangsung pada 9, 10 dan 12 Disember ini dapat berjalan lancar tanpa calon yang terjejas.

Katanya, tindakan itu diambil susulan amaran hujan berterusan selama empat hari yang dikeluarkan Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia).

“Bagi menghadapi Ujian Amali Sains yang dijadualkan berlangsung pada 9, 10 dan 12 Disember 2024, KPM telah mengaktifkan prosedur standard operasi Ops

Payung agar ujian berkenaan dapat berjalan lancar dan tiada calon yang terjejas.

“KPM komited memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga KPM terpelihara dalam menghadapi bencana banjir,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, sebagai persediaan berdepan gelombang banjir kedua, KPM turut mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Jabatan

Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk meningkatkan kesiapsiagaan.

Katanya, ia bagi bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan bencana terutama di kawasan berisiko tinggi.

“Semua jawatankuasa diminta untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam tindakan kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir berdasarkan surat pekeliling ikhtisas dan surat siaran yang sedang berkuat kuasa.

“Panduan Pengurusan Bencana Banjir Institusi Pendidikan KPM merangkumi tindakan yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas bencana banjir,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN