Babi liar rosakkan tanaman penduduk

Babi liar rosakkan tanaman penduduk

PENDUDUK menunjukkan kawasan laman rumah yang dirosakkan babi liar di Kampung Sungai Kurong, Chenderiang, Tapah, Perak, semalam. – UTUSAN/MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Penduduk Kampung Sungai Kurong, Chenderiang di sini kecewa kerana tidak dapat menikmati hasil tanaman akibat dirosakkan babi liar.

Penduduk berkata, hasil buah-buahan seperti nanas, kelapa, durian dan sayur-sayuran seperti serai, limau nipis serta pucuk ubi habis dirosakkan haiwan tersebut.

Bagi penduduk kampung yang mengusahakan tanaman kelapa sawit pula, anak-anak pokok komoditi itu turut dirosakkan haiwan itu yang memakan umbutnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengerusi Jawatankuasa Pem­bangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sungai Kurong, Mohd. Zafri Adenan, 58, berkata, masalah itu sudah lama berlaku sejak 15 tahun lalu.

Katanya, penduduk berputus asa untuk menanam sebarang pokok dan sayur-sayuran kerana tidak dapat menikmati hasilnya.

Menurutnya, haiwan liar masuk ke kampung sejak kawasan hutan berhampiran dibersihkan untuk dijadikan kawasan pertanian.

“Haiwan ini akan keluar mencari makan pada waktu pagi dan selepas hujan. Selain buah-buahan dan sayur-sa­yuran habis tanah penduduk kampung digemburkan untuk mencari cacing.

“Babi liar ini biasanya keluar secara berkumpulan dengan bilangannya sekitar 30 hingga 40 ekor,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Mohd. Zafri, kampung itu mempunyai kira-kira 100 penduduk yang bekerja kampung dan nelayan darat.

Katanya, pelbagai usaha telah dilakukan oleh penduduk kampung dan Perhilitan Perak untuk mengatasi masalah itu namun masih tidak berjaya.

Seorang lagi penduduk, Latifah Idris, 67, berkata, perhilitan memasang perangkap babi di kampung itu namun gagal me­ngatasi ancaman haiwan liar itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini