Awang mohon maaf tuduh bekas menteri DAP ‘songlap’ RM94 juta

Awang mohon maaf tuduh bekas menteri DAP ‘songlap’ RM94 juta

AWANG Hashim digantung 10 hari daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim membuat permohonan maaf secara terbuka di Dewan Rakyat hari ini selepas mengeluarkan kenyataan bahawa sebanyak RM94 juta dijumpai di kediaman seorang bekas menteri dari DAP.

 Awang berkata, beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dikeluarkan pada 4 November lalu.

“Terima kasih speaker kerana memberi peluang kepada saya untuk perjelaskan kontroversi yang timbul ini. Saya nak membangkitkan perkara yang saya sebut (dalam) surat saya hantar pada speaker 18 November lalu.

“Di mana, saya menarik balik kenyataan itu dan menukarkan fakta yang salah dari RM94 juta kepada RM97 juta dan bukan menteri (tetapi) pegawai tugas-tugas khas menteri,” katanya sebelum membuat permohonan maaf.

Awang berkata demikian selepas diarahkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul untuk membuat permohonan maaf.

Terdahulu, media melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.

SPRM menegaskan bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki tidak pernah membuat sebarang kenyataan mengenai penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri, seperti yang didakwa oleh Awang.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN