APAKAH hanya sekadar angan-angan apabila Perikatan Nasional (PN) mahu menjadikan Pahang sebagai negeri kelima atau state government 5 (SG5) di bawah pentadbirannya selepas Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis? Sama ada hanya permainan persepsi dan naratif menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), ia tidak boleh diperlekeh kerana mampu menjadi realiti memandangkan tiada yang mustahil di dalam politik. Pada PRU15, buat pertama kalinya Kerajaan Negeri Pahang ‘tergantung’ kerana tidak ada mana-mana gabungan…










